Saturday, April 24, 2010

senyuman yang sakit

'tolonglah berhenti'....... sy ajukan kepada matahari.. tapi langsung tak ada maklum balas. dia tetap memancarkan cahayanya yang terang tanpa peduli pun air mata saya yang semakin laju melimpah. mungkin dia sengaja tak mahu peduli sebab ada perkara penting yang dia ingin selesaikan dalam tanggungjawabnya. pada pokok-pokok yang perlukan sinarnya, pada si rabun yang mahu terang jalannya dan juga mungkin pada sang sejuk yang mahu pelukkan hangat bahangnya.

tapi sy bukan pokok, bukan si rabun atau sang sejuk... saya hanya lah setitis air yang tak mahu tersejat. sebab saya nak kekal dalam tasik ini. agar sy boleh melihat ada bunga yang mekar di tebing, manusia-manusia yang terus berlari di jalanan dengan riang dan juga sepasang kekasih yang masih berpayung putih. alangkah cerianya senyuman mereka.

tasik ini buat saya teringin utk bersama mereka. nak sangat menyentuh bibir yang tersenyum. saya juga nak jadi salah satu langkah dalam larian mereka. saya nak mengalir dan berteduh pada bunga-bunga di tebing. seronoknya dapat berenang dan tawa seperti mereka.

dan malam ini. sepatutnya saya juga seronok sebab matahari dah tiada. saya yakin saya akan terselamat. tapi kenapa bunga yang saya lihat tidak mekar. semua menguncup dan tidur. juga tiada bunyi tapak yang berlari. sangat sunyi. tiada payung putih lagi. mungkin mereka bersembunyi dan berselimut di depan api..

.......saya hanya senyum sendiri di dalam gelap tanpa mereka. tapi akhirnya saya mengerti, senyuman mereka lebih bererti. maka saya berdoa agar matahari cepat-cepat datang semula untuk kembalikan nyawa dan tawa mereka.

bila saya tersejat nanti, saya harap akan dilahirkan semula sebagai hujan. walaupun kadang-kadang saya takut saya tak akan kembali ke tasik itu semula. saya takut sangat takut kalau tersangkut dalam kelopak air yang terasing. Tuhan, kalau saya tak dapat melihat bunga, larian dan payung putih itu lagi..sampaikan sang angin kepada saya dengan khabar mereka.

biarkan saya tahu mereka kekal tersenyum bersama matahari.