Thursday, February 11, 2010

hEndak Hinggap Namun Tiada kaki



Setelah hilang pandangan, sekarang hilang pula pegangan. Betapa tak bergunanya pada hari-hari yg mendatang kerana semuanya kosong. Berdiri dan berjalan terkulat-kulat tanpa sebarang pengertian. Hanya semakin faham betapa penatnya untuk kita terus bernafas. Jadi aku amat menghargai sesiapa pun yang masih bernyawa dan berusaha.

Jangan sesekali beritahu bahawa kalian berputus asa. Apa juga keadaannnya, jangan sampai di telinga aku bahawa kalian sudah berhenti untuk mencuba. Kerana aku merasa bahawa aku bersendirian menjulang kehidupan tanpa impian. Percayalah saat ini aku turut merasa sengsara. Tapi aku langsung tak berdaya untuk berundur walau pun seketika.

Aku suka melihat manusia yang sedang ketawa. Begitu rindunya pada wajah-wajah ceria. Segala penat seolah-olah terubat. Sekurang-kurangnya aku percaya dunia ini tak lah seteruk yang aku rasa. Jadi aku akan berusaha untuk bahagia seperti mereka. Walaupun sebenarnya ketawa mereka bukanlah sesuatu yang sempurna krn aku tahu mereka juga ada duka. Seperti yang aku kata aku akan menhargai orang yang berusaha untuk bahagia. Hipokritlah di hadapan ku, kerana aku akan terima.

Hendak hinggap namun tiada kaki.. iaitu hendak berusaha mencapai sesuatu,namun tidak berdaya. Hakikatnya kita mesti tidak mahu begitu. Jadi aku mohon, berdayalah selagi masih ada nyawa.

Friday, February 5, 2010

Datang pada ku



Tuhan,,adakah Engkau masih mendengarkn ku?
Mahu kah Engkau terus berada di sisiku?
Saat ini aku amat memerlukan kamu ya Tuhan.
Aku sangat perlu....
Aku mohon jangan lah tinggalkan aku. Aku tak nak hidup tanpa kasih Mu.

Maafkan aku utk sekian kalinya. maafkan krn masih berrtanya soalan yg sama..
Masih kah Engkau menyayangi aku? Katakan la Ya Tuhan, aku sangat nak tahu......
Tuhan, boleh kah aku mengharap Engkau akan muncul dan mendakap ku?
Aku sangat sejuk dengan dunia Mu....