Saturday, January 23, 2010

ingin aku sejahtera

salam keredhaan.
salam buat hati yang masih tersenyum. terima kasih krn masih mampu bertahan dan terus berjalan pada liku yang panjang.

salam kesyukuran.
salam atas segala pemberian yang telah kau berikan. huluran dan tolakan, senyuman dan cemuhan, sayang dan kebencian, pujian dan cacian, simpati dan kekejaman, lirikan dan jelingan, hangat dan kesejukan................

salam sayang.
Salam kepada sang kekasih yg tak putus-putus mendoakan kebahagian dalam diam.
salam juga kepada sang pendusta yg tak putus-putus cuba mncari jalan keselesaan walau pun sekejap.

salam.....selagi aku mampu terucap.
salam.....selagi engkau mampu terdengar.

Thursday, January 14, 2010

Di sini ada hujan


Di sini ada hujan yang tidak pernah akan teduh. Sepanjang perjalanan ini aku berharap aku tidak akan jatuh sakit. Di sana ada harapan dan mimpi yang belum menjadi pasti. sebelum aku sampai, aku harap mimpi itu tidak akan lenyap. Jadi aku langsung tidak mahu terjaga dari tidur. Jangan sesekali membangunkan aku.

Di saat ini, rasa hati aku masih seperti dulu yang setia berdoa semoga di saat akan datang hati aku masih sama seperti saat ini dan saat dulu.


Tuesday, January 5, 2010

dOa 2010


Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Utk:
"Diri"
&
"Pembaca di saat ini"

Kekalutan ini telah berakhir. Walau tidak secara zahir,cukup sekadar penerimaan takdir. Tidak sesekali bermaksud mengalah,tp cuba memujuk hati. Seakan-akan kanak-kanak kecil yg mungkin akan terus berdendam menanti masa matang.

Selamat tinggal 2009 yg penuh kenangan.
Demi Tuhan, janji yg tak mungkin akn dilupakan.

Jejak2 tahun ini, berharap akan menemui apa yg dinanti..
Semoga tak mati sebelum terbayar segala-galanya.

& Engkau akan mengetahui. Rasa aku tidak akn pernah mati.