Saturday, December 26, 2009

We Are The Human Being


Nama kita manusiakah? Betul-betul istimewa? Bila fikirkan kelebihan ini aku lebih bersemangat untuk terus hidup. Ingin sahaja aku berlari dengan tawa. Sesungguhnya aku tidak mahu satu kekurangan pun ditakdirkan untuk ku. Larian ku adalah yang paling sempurna.

Aku tidak mahu kalah.
Mungkin juga aku lupa bahawa nyawa dan jalan ku di bawah kekuasaan-Nya. Larian ku pastinya ada liku yang wajib di tempuh.

Aku amat takut untuk jatuh. Kalau lah aku tahu bahawa esok tiada satu pun bahagia, adakah aku masih disini?

Sehabis tenaga pasti ku curah untuk melepaskan diri dari sengsara. Harap aku mampu menghadapinya.

Sakit. Hadiah yang aku peroleh semalam. Bahagiakah hati dia setelah menyakiti ku?
Gagal. Kenyataan semalam. Buruk kah rupa ku ini setelah menyedarinya?.....

ASSALAMUALAIKUM.
SALAM SEJAHTERA.

TO: WHO'S STILL READING

THAT IS SOME WORDS IN MY NOTES. I ALREADY WROTE IT WHENEVER I STILL IN MY FIRST SEMESTER. LETS I THINKS, MAYBE IT ON 2-3 MONTH AGO. HOHO~ NOT REALLY YOUNG, BUT STILL CHILDREN THINKING LOR...

WHEN I READ IT AGAIN...THE HURT IS STILL ALIVE. HOPEFULLY, I WANT TO FLY AWAY AND FORGET ABOUT THAT. HUH. I AM JUST HUMAN BEING THAT'S SO WEAKEST ALSO. THE TRUTHLY, I WERE THINKING IT FOR EVERY MOMENT. AND IT MAKE ME SO DEPRESS AND HORRIBLE.

ACTUALLY,, MY CHILD DREAM.. I WISH I BORN TO BE AN ANGEL.. LIKES BEAUTIFUL AND NOT HAVE ANY SADNESS. SO I WILL MAKE A SMILE AND HAPPY EVERY SECOND I HAVE.

FORGIVE ME..... MAYBE I FORGET, GOD WILL NOT TEST HUMAN WITHOUT ANY REASON. GOD TEACH WE SOMETHING. AT LEAST, I KNOW WHO I AM. ALSO, I KNOW WHO'S REALLY LOVE ME OR NOT. THEN, I HAVE TO KNOW THAT GOD STILL CARE ABOUT ME AND ALL PEOPLE AROUND ME. GOD STILL WATCHING ME. NOW, I UNDERSTAND THAT.....

SO, WHAT WE HAD FALL IT'S NOT REALLY BAD.
IT JUST SOME OF TURN RIGHT OT LEFT IN OUR LIFE.
MAYBE WHAT HAPPEN IN YOUR LIFE IS MORE HARD THAN ME. FORGIVED WITHOUT FORGETED IT,BECAUSE IT WILL MAKE OUR CONDUCT FOR TODAY AND TOMORROW.
KEEP IT TOUCH.

HERE,, SOMETHING I TOOK FROM BOOK I HAD READ..

"IF U ARE HUMAN, TRY FEEL SOME GOOD AND SOME
BAD EVERY MOMENT.
U HAVE YOUR SENSE OF MIND TO THROUGH IT OUT AND MAKE
IT MORE USEFULL"


Sekian, Jumpa lagi..


Sunday, September 27, 2009

saLam cinta dari tuhaN















Assalamualaikum...
Salam sejahtera..
Kepada sesiapa yang masih bernyawa.

Katakanlah wahai penglipur lara yang mencari sebutir tinta kasih dan sayang. di sini ada secubit Kasih yang tidak pernah cukup untuk segunung harapan.
Anggaplah coretan ini hanya untuk sekali hirup dan sekali hidup. Serta demi lambaian Maha mu Ya Kasih.


Izinkan saya wahai pentadbir alam, berilah cahaya mu pada lembaran ku.


Cinta.. sesuatu yang tidak pernah kecundang dalam hati manusia. Kerana dia adalah nyawa yang telah dianugerahkan pada kita sejak kita lahir di dunia. Kita meronta, menagih, menangisi dan meminta adalah kerana sebagai cara untuk menzahirkan bahawa cinta itu ada pada kita. Nahu bertanya, sucikah cinta jika masih ada dosa?

Mengkehendaki dan ingin memiliki sememangnya tak dapat dipisahkan. Tertarik pada sesuatu lalu kita mandekatinya, bertanya tentangnya, ingin merasainya dan memilikinya. Lumrah manusia yang diciptakan nafsu untuk memotivasikan dan menaikan semangat,tetapi penyalahgunaannya sebenarnya menyebabkan kita lupa tentang erti bahagianya cinta.


Demi setitik cinta di dunia, kita kalungkan berbelit-belit noda dan dosa. Lupakah pada maha pengasih kita yang tidak pernah jemu memberi perhatian kepada diri dan setia mencatit perilaku kita?


Aku tidak sesekali memandang enteng kepada mereka yang meneguk keruh pada muara cinta. Kerana aku juga seringkali begitu. Sungguh aku dan mungkin juga manusia-manusia seperti aku juga sama. Berani kah kita menghadapi hari-hari yang mendatang dengan kenyataan bahawa cinta yang kita genggam itu bersalah? Tapi mengapa?


Dengarkan cerita ini...
Hati dia dilahirkan dengan rasa yang sangat sempurna. itu pun dikatakan setelah bertemu dengan jodoh yang bukan lagi tentu. Berkali-kali meyakinkan dirinya sendiri bahawa cinta di hatinya hanya satu. Memang benar dan sangat mengagumkan bahawa perubahan pada dirinya seolah-olah cinta itu adalah yang terakhir. Yang benar-benar perlu dipertahankan sebelum maut. Tapi apa yang ku lihat hanya adalah keperitan dan kesakitan.

Sebabnya dia lakukan sesuatu yang jarang-jarang orang lakukan. sebagai orang yang turut merasa di sebelahnya,perlukah aku merasa bangga dan teruja? Jawapan aku tidak....

Andainya dia ada berbaki satu nyawa, aku yakin itu juga akan dia gadaikan untuk kekasih hati. Apa lagi yang dia tidak lakukan? Maruah dan harga diri entah kali ke berapa untuk dipertaruhkan. Pengorbanan yang dipamerkan melalui satu senyuman. maaf kan kerana hanya sekali lihat senyum itu aku telah merasa deritanya. saat tidurnya juga ada titisan air mata. sesungguhnya aku tahu dia tidak pernah tidur walau mata tertutup.

Matanya,.....aku lihat dia telah gunakan seberapa banyak tenaga untuk bertahan. Alangkah baiknya jika tenaga itu digunakan untuk menuju ke jalan Mu kan Tuhan. Banyak kali aku terfikir apa hebatnya kasih yang diharapkan daripada lelaki itu. Tidak kah sahabat ku terfikir kasih Mu lagi bernilai untuk ditangisi?

Aku tidak suka menasihati dan mengejutkan seseorang yang tidur. Maafkan aku sahabat kerana membiarkan mu melara terlalu lama. Maafkan aku kerana membiarkan dada mu sebak hampir menunggu mati. Aku berharap engkau akan mengerti sendiri. belajarlah untuk memahami dan berdikari. Kerana walau dunia ini penuh sesak dengan orang, hanya antara engkau dan tuhan yang lebih perlu untuk berkomunikasi.

Cuma aku pelik dan tertanya, kenapa engkau terlena terlalu lama.. Sengsara serta derita yang engkau rasa tidak cukupkah untuk engkau kembali kepada genggaman Tuhan kita? Bangun tidurmu dan setiap daya usahamu hanya untuk mengejar dia. Tidak kah engkau mengerti setiap luahan rasamu, aku akan memalingkan muka dan menggelengkan kepala. Aku tidak pernah setuju dengan langkah yakin mu itu. Cukup lah aku terus menyokong dan menenangkan hati sahabat yang hakikatnya hanya untuk selesa sementara. Aku tidak mahu berbohong dengan mengatakan engkau sangat-sangat kasihan. Mengertilah sahabat akan kata-kata ku...............


Tuhan,
Sedarkan kami bahawa cinta antara manusia di bumi ini tidak pernah kekal.
Aku mohon ketuklah pintu hati kami dengan salam dari seseorang yang benar-benar ikhlas kerana Mu.
Aku tidak mahu cinta yang berdosa wujud dalam lembaran hari-hari dan mimpi kami.

Tuhan,
Tutuplah hati kami pada bahagia cinta yang sementara.
Tutuplah pandangan mata kami yang mengharap dan membara.
Pekakkan deria kami dari dihembus bisikan api sengsara.
Teguhkanlah iman di hati kami.
Didiklah hari-hari kami dengan cinta Mu.

~Wasalam~


Salam cinta dari tuhan saya hadiahkan buat pemburu kasih