Saturday, September 18, 2010

kau














Jauh kau lontar.

Renungan yang ku tak pasti mana kau pergi.

Menikam pandangan tanpa kasih.


Kau telah mengunci.

Hatimu dari menikmati.

Dan bersendiri.

Kau lebih kerap begini….


Sayang,

fitrahmu tidak mungkin dilahirkan begini.

Izinkanlah aku mengerti.

Apa yang telah terjadi.

Tuesday, August 24, 2010

Jangan Berjanji Sayang~

Surah al-Nisa ayat 129:

kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan, biarpun kamu amat ingin sekali berlaku demikian.

Tuhan sendiri menegaskan bahawa manusia itu tidak akan dapat berlaku adil dalam perkahwinan sama ada k-2, 3 atau 4...

knp tiba2 saya mention pasal nie ek?..

hmmmm..sebab bosan tengok pergolakan & penceraian.
sana-sini masing-masing membawa diri. pergaduhan yg buat terluka sendiri takpe...ni melibatkan pulak whole famili jadi mangsa. anak-anak nak campak mana?

surah ni sesuai untuk memupuk penerimaan dan keredhaan..bukan galakkan poligami taw! haha..
tuk assgment kali ini,kami bergroup decide nak wat pasal poligami dalam hubungan insan. seronok juga dalam meneliti kehidupan manusia yang banyak ragam dan kompleks.

maka, saya just nak kata... sekiranya kita (perempuan) ada madu, janganlah salahkan pihak lelaki. tak perlu mendesak dan try utk fahami dia.
its okay....tak susah mana & tak lama mana pun...
tak sampai 100 tahun pun kita hidup....tak lama lagi kita semua berhijrah ke akhirat.
yg penting kita percaya kebahagian hadir dalam keredhaan tuhan.
kalau tuhan yang mentakdirkan perkahwinan k-2 suami, kenapa kita perlu mempersoalkannya?

saya percaya juga, perempuan sekarang mampu berdikari..
suami yang tak menjalankan kewajipannya itu dosa yg dia perlu tanggung. bukan dia tak tahu yang dia ada tuhan.
tapi kita jangan pulak abaikan...tegur & ingatkanlah dia. tolong dia untuk dia menolong kita. kita sama-sama manusia yang banyak kekurangan dan kelebihan.

buat lelaki, bila baca ayat ini..kamu akan tahu kamu tak kan mampu penuhi kehendak semua isteri dan adil dalam semua perkara..
jangan berjanji kerana ia amat menyakiti hati..
just jalani semua ini sebaik-baik yang kamu yakin itu adalah yang terbaik dengan izin tuhan.
insyallah..isteri akan faham..
semoga pernikahan yang di bina bahagia & kekal ke akhirat kelak.


Sunday, August 22, 2010

Terakhir Buat Kita

Sesungguhnya diri ini sangat faham,,tiada yang pernah kekal dalam dunia. Engkau hadir dan engkau pergi adalah lumrah.. Bukan sekali dua tapi dah berulang kali. Sepatutnya sebagai insan yang ada ilmu ini, aku lebih arif dan terima segalanya dengan terbuka..

Namun yang menulis ini adalah manusia. Seperti kamu, kekuatan ku sudah berakhir pun akhirnya.... Bukan salah sesiapa..salah ku juga... Diri ini yang tak pernah mengerti tentang jiwa dan selalu gagal meneka hati nya.. Juga gagal memahaminya.

Mungkin juga kurangnya ilmu agama telah membina jurang kepercayaan dan keyakinan buat ku.
Ku harap pengajian tentang manusia yg akan ku pelajari selama 3 tahun ini akan menghapus kelemahan ku kelak.
Diri ini perlu bersembunyi dan meneliti semula apa yang terjadi.
Maafkan diri ku dan harapan ku kini adalah kita sama-sama memperoleh rahmatnya...
Semoga kamu bahagia di sana.
Cukuplah dgn percubaan2 kita.....Ku x mampu lagi untuk berkata selain daripada ketawa...
Ketawa dengan semua yang berlaku pada kita..

Apa pun..ku percaya kita masih mampu bergembira semula. ("u)
Salam yg terakhir dari hati ikhlas buat kamu...
I miss U~

Thursday, August 12, 2010

cinta untuk mu

Aku mengharap dapat memegang cinta ini seteguh hati.
Dapat membelai kamu supaya kamu kekal tersenyum......
Dan menyentuh dari sejuknya kesedihan hati mu.
Agar kamu menjadi insan yang dicintai oleh ku.

Namun, kelukaan mu hari ini adalah berpunca daripada ku.
Kealpaan ku menjaga cinta ini telah membuang kasih yang tidak akan pernah mengerti apa yang telah terjadi.
Perlu kah aku melepaskan mu?
Aku tidak ingin....

Izinkan aku memaut ikatan ini sekali lagi. Walau aku tak tahu ke mana kamu menghindar dari ku.
Maafkan lah aku.......
kerana kelewatan ku.

Monday, July 12, 2010

pEna yang PataH

Dengarkan kata-kata ini. Ia adalah dari sebuah pena yang patah.
Diamkan suara mu.
Kerana ia tidak mampu melaung lebih kuat dari hembusan nafas mu.
Aku minta kau tutup mata mu untuk merasa kewujudan ku.
Mampu kah engkau merasa aku?

Aku di sini tidak lagi dihadapan mu.
Aku juga tidak akan dekat lagi dengan mu.
Tiba saat nanti, hembusan waktu juga akan mematikan aku.

Sebelum itu, jangan lah engkau halau aku dari hadir dalam mimpi mu.
Kerana ia adalah permintaan terakhir ku. Hanya sekali itu.

Dengarkanlah kata-kata yang tidak bermakna ini.
Ia adalah dari pena dan hati yang patah.

Saturday, July 10, 2010

Hati Yang Lebih Mengerti

Hati itu hanyalah organ yang boleh dipindah. Boleh didermakan kepada pesakit tegar. Pastinya orang yang menderma mempunyai hati yang ikhlas bukan?. Seronok andainya aku dapat menduga bahawa pesakit yang menerima juga akan berjangkit dengan keikhlasan yang sama. Tapi aku menulis bukan bagi pihak penderma atau pesakit. Aku tidak sakit untuk menerima hati dan juga tidak mendaftar pun untuk menderma. Kesombongan kata ini harap tidak menghukumi aku kelak.

Aku mungkin boleh bergurau dengan kata. Tapi tidak dengan hati. Selembut atau sekasar bahasa yang aku titip tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang terbuku di dada. Hanya kemaafan yang sering aku ucapkan kepada diri. Hanya kerana aku tidak dapat membela hati sendiri yang selama ini setia melekat menemani.

Manusia mempunyai kelebihan yang boleh membaca naluri. Begitu juga dengan aku. Bukannya aku tak mendengar apa yang hati ini bicara, cuma keadaan memaksa aku memekakkan telinga. Kini bila dah pekak, mata pulak dah berjangkit kabur. Tulisan ini akan aku tamatkan sebelum aku sepenuhnya buta. Akhirnya nanti, satu hakikat yang harus aku terima ialah aku memerlukan penderma koklea dan kornea.

Aku percaya pada hatiku. Ia masih ada di dalam ku. Walau sekejam mana aku melayan dia, kesetiaannya berkata-kata membuat aku semakin menyukainya. Dia tak pernah berubah dan takkan pernah mati walau kadang-kadang aku sengaja menggigit racun.

Mereka mencipta pepatah “Menurut hati, akan mati”. Benarkah?? Mungkin. Selama aku tak menurut hati ini, aku terus hidup-hidup sahaja begini. Tapi, andai suatu hari nanti aku mendengarnya, adakah hati akan sanggup membunuh ku? Adakah dia sanggup mengkhianati ku setelah sekian lama berada di sisi ku?

Kejam andai ku menuduh hati begitu. Dia lahir dari perut ibu bersama-samaku. Menengking ku pun tidak pernah, mana mungkin dia akan mencederakan aku. Aku akan ingat selalu yang dia tetap sudi ketawa dan menangis bersamaku.

Andai hati boleh memaafkan aku. Janjiku hanya satu..aku akan memeluknya dari kesejukan hari-hari esok. Aku akan mengemis sebelum dia sakit dan akan menderma andai dia mahu pergi dari dalam dada ku. Supaya dia tetap berasa hangat dalam jagaanku dan bukannya beku dalam kurunganku.

Saturday, April 24, 2010

senyuman yang sakit

'tolonglah berhenti'....... sy ajukan kepada matahari.. tapi langsung tak ada maklum balas. dia tetap memancarkan cahayanya yang terang tanpa peduli pun air mata saya yang semakin laju melimpah. mungkin dia sengaja tak mahu peduli sebab ada perkara penting yang dia ingin selesaikan dalam tanggungjawabnya. pada pokok-pokok yang perlukan sinarnya, pada si rabun yang mahu terang jalannya dan juga mungkin pada sang sejuk yang mahu pelukkan hangat bahangnya.

tapi sy bukan pokok, bukan si rabun atau sang sejuk... saya hanya lah setitis air yang tak mahu tersejat. sebab saya nak kekal dalam tasik ini. agar sy boleh melihat ada bunga yang mekar di tebing, manusia-manusia yang terus berlari di jalanan dengan riang dan juga sepasang kekasih yang masih berpayung putih. alangkah cerianya senyuman mereka.

tasik ini buat saya teringin utk bersama mereka. nak sangat menyentuh bibir yang tersenyum. saya juga nak jadi salah satu langkah dalam larian mereka. saya nak mengalir dan berteduh pada bunga-bunga di tebing. seronoknya dapat berenang dan tawa seperti mereka.

dan malam ini. sepatutnya saya juga seronok sebab matahari dah tiada. saya yakin saya akan terselamat. tapi kenapa bunga yang saya lihat tidak mekar. semua menguncup dan tidur. juga tiada bunyi tapak yang berlari. sangat sunyi. tiada payung putih lagi. mungkin mereka bersembunyi dan berselimut di depan api..

.......saya hanya senyum sendiri di dalam gelap tanpa mereka. tapi akhirnya saya mengerti, senyuman mereka lebih bererti. maka saya berdoa agar matahari cepat-cepat datang semula untuk kembalikan nyawa dan tawa mereka.

bila saya tersejat nanti, saya harap akan dilahirkan semula sebagai hujan. walaupun kadang-kadang saya takut saya tak akan kembali ke tasik itu semula. saya takut sangat takut kalau tersangkut dalam kelopak air yang terasing. Tuhan, kalau saya tak dapat melihat bunga, larian dan payung putih itu lagi..sampaikan sang angin kepada saya dengan khabar mereka.

biarkan saya tahu mereka kekal tersenyum bersama matahari.